fbpx

“Tilam, kereta sorong bayi antara dibuang dalam Sungai Klang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham (dua kanan) berbincang dengan pengendali projek di Kota Kemuning, Klang hari ini. - Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Sampah sarap yang memenuhi Sungai Klang merencatkan projek melebar serta mendalamkan Sungai Klang sehingga terpaksa mengambil masa lama untuk disiapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Ir. Izham Hashim berkata, antara sampah ditemui seperti tilam, tayar kenderaan, malah kereta sorong bayi didapati dibuang ke dalam sungai tersebut.

“Sekiranya tiada sampah, pihak pengendali projek tersebut dapat melakukan kerja mendalamkan sungai tersebut dengan lebih banyak dalam satu-satu hari.

“Sewaktu mengorek sungai itu menemukan banyak sampah termasuk tilam, tayar kenderaan, kereta sorong bayi.

“Secara keseluruhan, pihak pengendali berjaya mengorek 50 meter (m) Sungai Klang di blok pertama ini,” katanya ketika membuat tinjauan perkembangan projek itu di Kota Kemuning, hari ini.

Fasa pertama bermula 1 November lalu melibatkan kerja melebar dan mendalamkan sungai di 10 km sungai, iaitu berdekatan Sri Muda, Seksyen 25.

Dalam pada itu, Izham berkata, kerajaan negeri bakal menggunakan 100 kolam serta tasik di Selangor sebagai tempat takungan air hujan.

“Kalau pada musim hujan, kita akan buang 30 peratus jumlah air dalam kolam serta tasik ini ke sungai supaya ia dapat menampung air hujan.

“Selain kolam takungan, kita bercadang akan gunakan kolam dan tasik sebagai sumber air mentah negeri ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI