fbpx

Remaja lelaki maut langgar belakang kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang remaja lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Pasir Gebu, Seberang Perai Utara, di sini petang semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang remaja lelaki maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang seorang diri merempuh belakang sebuah kereta di Jalan Pasir Gebu, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.52 petang itu, mangsa yang berusia 15 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Pasir Gebu menghala ke Permatang Keriang.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa telah melanggar bahagian belakang kereta sebelah kanan menyebabkan mangsa terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) dan bedah siasat akan dijalankan selepas menerima keputusan ujian calitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini lewat pagi tadi

Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI