fbpx

Rakyat akan buang ‘katak-katak’ politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

KUALA LUMPUR – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menyifatkan pada Sabtu nanti rakyat bakal menghukum semua ‘pengkhianat’ yang pernah mengkhianati parti masing-masing.

Jelasnya, pada tanggal 19 November nanti semua calon yang pernah meninggalkan perjuangan parti mereka sebelum ini akan kehilangan kepercayaan daripada pengundi yang memilih mereka.

“Bukan hanya PKR atau PH, malah parti-parti lain juga ada pengkhianat dia. Semua ini bakal dihukum oleh rakyat, rakyat sudah nampak dengan jelas keperibadian mereka.

“Sebenarnya rakyat sudah bersedia untuk menghukum mereka semua, kita tunggu sahaja 19 November ini rakyat sememangnya mendambakan keadilan,” katanya ketika temu bual Kosmo! hari ini.

Tambahnya, apa yang berlaku dalam PKR sebenarnya turut berlaku dalam UMNO dan kumpulan tersebut boleh disifatkan sebagai kumpulan yang sama.

“Ingat pengkhianatan ini bukan sahaja pada PKR, malah berlaku juga kepada UMNO dan kumpulannya adalah sama yang mencetuskan siri pengkhianatan ini.

“Jadi saya percaya pengundi melihat, menilai dan mendengar hujah dan insya-Allah mereka akan bergerak ramai-ramai Sabtu ini untuk membuang ‘katak-katak’ politik,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI