fbpx

PRU15: Richie mulakan pecutan akhir kempen di Bukit Bendera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Richie Huan Xin Yun.

GEORGE TOWN – Berbaki tiga hari sebelum tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tamat, calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Bukit Bendera, Richie Huan Xin Yun melakukan pecutan terakhir dalam kempen bertemu pengundi-pengundi di kawasan itu bagi menarik sokongan mereka terhadap parti.

Richie yang juga Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM) Nasional berkata, sepanjang tempoh berkempen sejak hari penamaan calon yang lalu, dia telah berjumpa kira-kira 70 peratus pengundi terdiri daripada pelbagai kaum di kawasan Bukit Bendera.

“Saya mengutamakan ‘personal touch’ sepanjang berkempen kerana saya mahu pengundi di kawasan ini mengenali saya.

“Dalam tempoh kempen berbaki tiga hari ini, saya telah memulakan pecutan akhir untuk berjumpa pengundi, pada masa ini kami keluar setiap hari kira-kira pukul 7 pagi hingga 10 malam untuk bertemu pengundi,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Calon BN Parlimen Bukit Bendera di Air Itam, di sini hari ini.

Menurut Richie, dia juga mendapati penerimaan pengundi terhadap calon BN juga semakin baik berbanding ketika kempen PRU13 dan PRU14 lalu.

“Sekarang ini, pengundi nampaknya sudah boleh terima kita, malah ada di antara pengundi yang menjemput saya dan rakan-rakan masuk ke dalam rumah mereka untuk bersembang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI