fbpx

PRU15: Pas sebenarnya lawan BN di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Jazlan (tiga dari kiri) menyantuni anggota Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Machang di Kemuning, Machang hari ini.

MACHANG – Barisan Nasional (BN) sebenarnya akan berhadapan dan berlawan dengan Pas di Kelantan meskipun parti itu berada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, oleh itu, ia tetap tidak mengubah kenyataan apabila BN akan berlawan dengan Pas pada PRU15 yang akan tiba tiga hari lagi.

“Mengenai gabungan Pas dalam PN, itu saya tidak mahu komen kerana itu urusan mereka. Apa pun kenyataan PN, kita akan berhadapan dengan Pas pada pilihan raya kali ini.

“Cerita selepas ini (selepas PRU), dalam politik tidak ada apa yang mustahil. Seribu satu perkara boleh berlaku, namun yang jelasnya mereka akan berhadapan BN pada 19 November ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Kemunting di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menegaskan PN tidak akan bergabung dengan BN untuk membentuk kerajaan selepas PRU15.

Takiyuddin yang bertanding untuk Parlimen Kota Bharu itu berkeyakinan penuh bahawa PN akan dapat membentuk kerajaan secara bersendirian dan Perdana Menteri adalah daripada PN.

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan berkata, jentera pilihan raya BN di seluruh Kelantan kini berada dalam keadaan terbaik dalam melakukan pecutan terakhir dalam tempoh berkempen PRU15 yang berbaki tiga hari lagi.

Katanya, semua calon BN diingatkan supaya memperkemaskan lagi gerakan jadual untuk untuk bertemu dan menyantuni pengundi khususnya pengundi luar.

“Pengundi luar sudah mula balik ke kampung bermula hari ini. Program mesti ke arah itu untuk menyantuni pengundi pertama kali dan perantau yang sudah lama tidak bertemu.

“Selain itu, persediaan untuk hari mengundi adalah memastikan jentera yang ditugaskan untuk membawa keluar pengundi berada dalam keadaan baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI