fbpx

PRU15: Orang Bentong tidak boleh tunggu 100 tahun lagi – Tiong Lai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIONG Lai (berdiri) berucap pada majlis perhimpunan warga Bentong di perkarangan Medan Selera Kampung Baru di Bentong malam semalam.

BENTONG – Masyarakat Bentong perlu menunggu 100 tahun lagi untuk mendapat jajaran landasan kereta api sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mendapat mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bentong, Tan Sri Liow Tiong Lai berkata, tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang membalas ‘dendam’ kepada BN dengan membatalkan projek untuk rakyat semasa mereka memerintah perlu dijadikan pengajaran agar ia tidak berulang lagi.

“Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mereka (kerajaan PH) alihkan jajaran sedangkan tidak mudah Bentong hendak dapatkan satu landasan kereta api, Pahang ini landasan kereta api pertama kita bina 100 tahun lalu, 100 tahun kemudian baru kita dapat satu landasan keretapi di Bentong tetapi PH batalkan.

“Ingat Pilihan Raya Umum (PRU15) ini kita kena menang kita kena kekalkan stesen kereta api, kita tidak boleh hilang lagi, ingat 100 tahun kita menunggu, kita tidak boleh tunggu 100 tahun lagi orang Bentong kena ingat perkara ini dengan jelas,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan warga Bentong di perkarangan Medan Selera Kampung Baru di sini malam semalam.

Menurut Tiong Lai, jajaran kereta api dengan stesen ECRL di Bentong amat penting dalam memberikan kemudahan kepada rakyat sekali gus memacu ekonomi daerah itu yang amat berpotensi.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, beliau kembali semula bertanding ke Bentong hanyalah demi memastikan masyarakat Bentong kembali mendapat pembelaan sewajarnya.

Katanya, selepas kekalahan BN di Parlimen Bentong menyaksikan banyak program pembangunan yang dirancang demi manfaat rakyat di kawasan itu dihentikan PH yang menjadi kerajaan selama 22 bulan.

“Saya dengar slogan tadi demi Bentong come back, demi Bentong come back, demi Bentong ‘come back’, hari ini saya ‘come back’.

“Saya kembali ke Bentong bukan kerana hendak memanjangkan lagi hayat politik saya tetapi saya ‘come back’ ke Bentong dengan satu agenda, satu matlamat, satu hala tuju iaitu saya hendak bantu, hendak tolong, sama-sama bangunkan Bentong,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI