fbpx

PRU15: Okay PM tepi, tapi tak sakau duit rakyat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika ceramah mega PH di Kapar. - Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersifat terbuka apabila dilabelkan sebagai Perdana Menteri (PM) tepi oleh segelintir pemimpin di negara ini.

Anwar berkata, ini termasuk daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin selagi dirinya tidak mengambil harta daripada rakyat.

“Saya jawab Muhyiddin. Okay Anwar PM tepi, dia tidak sanggup gadai maruah bangsa, dia tidak curi harta rakyat, saham dan tanah,” katanya ketika berucap pada ceramah mega PH di Kapar hari ini.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mencabar pemimpin tertentu supaya mengisytiharkan harta mereka.

Katanya, pengisytiharan itu penting dalam membuktikan ketelusan mereka dalam bertanding yang dikatakan antara calon Perdana Menteri bagi parti masing-masing.

Dalam pada itu, beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin yang memainkan isu perkauman dalam berkempen yang seterusnya boleh merosakkan hubungan kaum antara rakyat negara ini.

“Kalau saya jadi PM, pendirian saya jelas iaitu yes saya tolong Melayu, Cina, India, Orang Asli selain Sabah dan Sarawak,” jelasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI