fbpx

PRU15: Kepala Batas ‘kota pendidikan’ P. Pinang – Reezal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEZAL nekad memastikan pembangunan anak muda di Kepala Batas di sini sentiasa diberi perhatian.

SEBERANG PERAI – Usaha berterusan oleh Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan pelbagai institusi ilmu di Kepala Batas membolehkan kawasan Parlimen itu terus dikenali dengan jolokan ‘kota pendidikan’ Pulau Pinang.

Calon BN Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, selain membangunkan pelbagai institusi ilmu, Kepala Batas juga dikenali sebagai kawasan parlimen yang terkenal kerana melahirkan ramai tokoh agamawan.

Menurutnya, kawasan Parlimen yang terletak paling utara di negeri ini juga berada dalam keadaan aman menerusi kewujudan pelbagai agensi penguat kuasa malah dilengkapi kemudahan asas yang baik sehingga boleh disifatkan sebagai amat berdaya huni.

Justeru katanya, misi beliau dan parti amat jelas iaitu terus membangunkan Kepala Batas termasuk memfokuskan aspek memperkasa agenda perumahan terutama membantu golongan B40 memiliki kediaman sendiri.

“Ini sekali gus mendukung aspirasi Keluarga Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kerana itulah baru-baru ini, julung kalinya, kita bawakan PPR (Program Perumahan Rakyat) ke Kepala Batas ini yang meliputi pembinaan 700 unit rumah pangsa empat tingkat berserta kemudahan asas di Pongsu Seribu, Seberang Perai Utara (SPU).

“Bagaimanapun, dalam pada menuju pembangunan, kita mahu Kepala Batas ini dikekalkan sebagai kawasan yang cukup bersederhana dalam segala aspek sama ada dari berpolitik atau apa sahaja,” katanya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Dalam pada itu, beliau memberitahu lagi, adalah penting untuk rakyat menjaga hubungan dan tidak mengamalkan politik kebencian kerana ia merupakan satu keluarga besar di Kepala Batas.

Reezal Merican yang juga penyandang kerusi Parlimen Kepala Batas sejak dua penggal lalu berkata, pembangunan anak muda sentiasa diberi perhatian malah pelbagai fasiliti dan kemudahan telah diusahakan buat golongan berkenaan.

Antaranya kata beliau, kemudahan e-Sport Youth Cabin di Wisma UMNO Kepala Batas yang juga dilengkapi gelanggang futsal serta terbaharu pembinaan pusat belia bertaraf tinggi bernilai RM45 juta di Paya Keladi.

Beliau berkata, ‘track record’ BN di Kepala Batas telah terbukti membawa limpahan ekonomi serta kemakmuran ke kawasan itu baiklah dari aspek infrastruktur, pendidikan, pelancongan, perusahaan makanan malah sentiasa memperkasa usahawan tempatan terutama dalam kalangan anak muda. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI