fbpx

PRU15: BN Perak yakin bentuk kerajaan tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI menyempurnakan simbolik perasmian projek menggantikan jambatan FT001/562/00 Sungai Kinchap Kampar, Kampar hari ini.

KAMPAR – Barisan Nasional (BN) Perak yakin dapat membentuk kerajaan negeri tanpa perlu bergabung dengan parti lawan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, rakyat diyakini akan memberi mandat kembali kepada BN supaya pengalaman pada PRU14 tidak berulang lagi.

“Saya yakin BN akan menang lebih 30 kerusi dan bentuk kerajaan negeri atas jenama kita sendiri. Saya berkeyakinan rakyat di Perak akan membuat pilihan bijak.

“Mereka akan memberi undi kepada calon daripada BN bagi membolehkan kita membentuk kerajaan tunggal di negeri ini,” katanya pada Lawatan Kerja Menteri Besar Perak ke Tapak Projek Menggantikan Jambatan FT001/562/00 Sungai Kinchap Kampar di sini hari ini.

Saarani berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria bahawa parti itu yakin Perikatan Nasional (PN) tidak memerlukan gabungan lain untuk membentuk kerajaan negeri selepas PRU15.

Menurut Saarani, sebarang perancangan untuk bergabung tidak perlu dibincangkan buat masa ini kerana tumpuan utama adalah untuk menang pada pilihan raya ini.

“Semua parti apabila sudah buat (keputusan) untuk bertanding, bertanding sahajalah. Semua bentuk pakatan, persefahaman mahupun MoU (memorandum persefahaman) patut dibuat sebelum (pilihan raya).

“Dulu semasa Muafakat Nasional (MN) ada persefahaman antara UMNO dan Pas, bagaimanapun akhirnya tidak jadi dan kita buat keputusan bawa haluan masing-masing,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berlainan Saarani berkata, BN mempunyai kelebihan untuk meneruskan agenda membentuk sebuah negeri membangun dan makmur berbanding PN dan Pakatan Harapan (PH). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI