fbpx

Piala Dunia: Stones masih yakini kualiti Maguire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE (kiri) mencetuskan perdebatan hangat apabila dipilih menyertai skuad England ketika prestasinya bersama Manchester United tidak menentu ketika ini. – AFP

LONDON – Pemain bek England, John Stones mempertahankan keputusan Gareth Southgate yang menyenaraikan Harry Maguire dalam skuad The Three Lions ke Piala Dunia kali ini.

Bintang Manchester City itu merasakan England tidak terlalu bergantung kepada mana-mana individu kerana kejayaan hanya boleh dicapai menerusi kerja berpasukan.

“Saya hanya mendengar tentang kritikan itu. Saya sudah mengharungi tempoh sukar dan saya
pasti Maguire juga sedar situasi ini.

“Namun, dia adalah seorang individu yang tidak mudah mengalah. Dia seorang pemain yang hebat dan individu luar biasa, malah saya juga begitu mengagumi mentalitinya.

“Ini bukan berkisar tentang siapa yang salah, tetapi dia sendiri akan membuktikan dirinya dan dia akan kekal yakin dengan apa yang diperjuangkannya. Kami perlu terus yakin antara satu sama lain.

“Ini kerana, kami tahu kekuatan dan kelemahan masing-masing, jadi kami harus atasi­nya dengan lebih baik,” katanya.
Southgate sebelum ini menjelaskan penyenaraian Maguire dalam skuad 26 pemain adalah disebabkan pengalaman.

England diundi dalam Kumpulan B dan akan memulakan kempen dengan menentang Iran diikuti Amerika Syarikat (25 November) dan Wales (29 November). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI