fbpx

Piala Dunia: Detik penentu ‘skuad emas’ Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE

DI atas kertas, skuad Belgium pada kempen Piala Dunia 2022 di Qatar kali ini sememangnya memiliki ramuan lengkap dalam memastikan matlamat pasukan untuk bergelar juara menjadi realiti.

Situasi ini kerana skuad Red Devils telah dicanang memiliki barisan pemain berbakat yang dianggap sebagai ‘generasi emas’ sejak penyertaan pada kempen Piala Dunia 2014 di Brazil lagi.

Selepas mengharungi dua edisi Piala dunia dan dua edisi Kejohanan Euro, skuad kendalian Roberto Martinez ini masih gagal mencipta sebarang kejua­raan dengan ramai dalam kalangan pemain mereka kini sudah berusia 30-an.

Justeru, saingan di Qatar nanti boleh dianggap sebagai medan terakhir buat pasukan ‘emas’ ini untuk membuktikan keupayaan sebenar selepas diundi dalam kumpulan F bersama Croatia, Kanada dan Maghribi.

Jika masih gagal, skuad Belgium akan dilihat mengulangi nasib malang pasukan ‘generasi emas’ England era 2000-an yang gagal menjuarai sebarang trofi meskipun memiliki ramai bintang berkelas dunia.

Di atas padang pula, Belgium bakal membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain utama seperti dua bintang Real Mad­rid, Eden Hazard dan Thibaut Courtois selain mengharapkan sentuhan Romelu Lukaku (Inter Milan) serta Kevin de Bruyne (Man. City).

Pencapaian terbaik mereka adalah berada di tempat ketiga pada kempen 2018 yang lepas dan kali ini mereka kekal dicanang antara pasukan yang berpotensi untuk berada dalam kelompok empat negara terbaik di dunia nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI