fbpx

Oki mahu anak sindrom ‘prader willi’ hafal al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OKI SETIANA DEWI

BIARPUN mengetahui anak keempatnya, Sulaiman Ali Abdullah menghidap sindrom ‘prader willi’, pendakwah selebriti Oki Setiana Dewi berharap cahaya matanya itu dapat menjadi hafazan al-Quran.

Dia juga berharap Sulaiman yang kini berusia dua tahun itu mengikut jejak langkahnya dalam mendalami ilmu agama.

“Saya cuma berdoa semoga anak ini diberikan fasih berbicara kerana sindrom ini banyak yang sukar bercakap, diberikan kecerdasan untuk menghafal al-Quran, belajar agama supaya bermanfaat untuk orang ramai” ujarnya.

Berkongsi perkembangan kesihatan anaknya itu, Oki berkata, Sulaiman berada dalam keadaan sihat dan aktif seperti kanak-kanak lain.

Namun, dia perlu memberi lebih perhatian terhadap perkembangan dan pembesaran anaknya itu.

“Ya, seperti diketahui, Sulaiman hidap sindrom ‘prader willi’, iaitu suatu keadaan yang jarang ditemui. Ada banyak perkara yang harus dilakukan seperti terapi dan suntikan hormon. Terbaharu kami ikhtiar untuk sel stem.

“Sekarang keadaan dia sihat, sangat aktif, kawan-kawan doakan, saya tidak tahu apa takdir Allah buat Sulaiman,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI