fbpx

Masa depan bapa tiga anak kelam diserang strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Megat Amri (dua dari kiri) menerima kunjungan wakil Perkeso di kediamannya di Manjung baru-baru ini.

MANJUNG – Rutin harian seorang lelaki kini berubah apabila tidak lagi mampu keluar bekerja bagi menyara keluarga setelah diserang angin ahmar tahun lalu.

Megat Amri Megat Mahamad, 45, berkata, serangan angin ahmar atau strok itu dialaminya ketika dia keluar bekerja pada Ogos tahun lalu.

Katanya, dia mula mengalami tanda-tanda diserang penyakit tersebut sehari sebelum itu dan telah merujuk perkara itu di sebuah klinik swasta.

“Bagaimanapun, pihak klinik menyatakan ia bukan tanda-tanda penyakit tersebut. Keesokan harinya, saya benar-benar di­serang strok dan terpaksa dirawat di Hospital Seri Manjung.

“Saya menerima ra­watan selama empat hari dan diberikan sijil cuti sakit selama enam bulan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut Megat Amri, dia yang bekerja sebagai pengawal ke­selamatan kemudian dinasihatkan oleh syarikatnya untuk berhenti jawatan pada Mac lalu.

Katanya, ini ekoran dia tidak mampu lagi untuk bergerak se­perti biasa dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

“Saya kehilangan punca pendapatan untuk menyara isteri dan tiga anak berusia 16, 14 dan 13 tahun.

“Memang pada mulanya berasa kecewa, namun saya reda. Alhamdulillah, ramai pihak yang prihatin dengan kami sekeluarga seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Seri Manjung,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Nor Eleyanti Mohd. Radhi, 39, mengakui, berasa sedih dengan apa yang menimpa suaminya itu, namun dia harus tabah mengharungi ujian itu.

“Kami bergantung kepada suami, lebih-lebih lagi saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI