fbpx

Lelaki ditemui tidak benyawa sebelah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Seorang lelaki ditemui terbaring tidak bernyawa di tepi sebuah rumah di Kampung Cik Zainal di Chemor dekat sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, lelaki berusia 40 tahun itu dijumpa tidak sedarkan diri oleh jirannya pada pukul 11.30 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan awal oleh pakar forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati lelaki itu telah meninggal dunia dan terdapat kesan lebam pada muka dan badan.

“Kesan lebam pada muka dan badan si mati merupakan lebam mayat dengan anggaran masa kematian adalah lebih kurang 12 jam.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik HRPB pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI