fbpx

Khairy kekal tenang walaupun dimarahi ‘akak’ minta bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang wanita memarahi Khairy Jamaluddin ketika sesi 'walkabout' di Sungai Buloh, semalam.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang memarahi dan ‘ceramah’ Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dalam sesi ‘walkabout’ semalam, mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Video tersebut yang tular di aplikasi TikTok, memperlihatkan seorang wanita mempersoalkan apa bantuan segera yang beliau dapat berikan selain mempersoalkan apa dilakukan Khairy sepanjang menyandang jawatan menteri.

Mengulas isu berkenaan, Khairy berkata, situasi itu bukan satu masalah buat dirinya selain menegaskan adalah menjadi kesalahan jika calon menghulurkan sesuatu dalam pilihan raya.

“Saya tidak ada masalah mengenai apa yang berlaku, kita berdepan dengan pengundi. Saya buat ‘walkabout’ dengan berjumpa dengan semua lapisan masyarakat dan ada yang tidak menyokong kita. Mereka bebas bercakap apa sahaja.

“Dalam kes semalam, akak tersebut minta bantuan supaya diberikan pada hari itu (semalam) juga. Saya kata tidak boleh sebab ia merupakan salah satu kesalahan pilihan raya.

“Saya tengok pada atap kedai dia, terus dia cakap, kalau begitu bagi sekarang. Saya cuba terangkan itu kesalahan pilihan raya kalau nak bagi sekarang. Saya beritahu dia, kita boleh bincang kemudian. Selepas itu dia marah, tidak puas hati. Tapi tidak mengapalah, itu hak dia,” katanya ketika ditemui pemberita.

Tambahnya lagi, beliau terbuka untuk menerima apa saja pandangan yang dilontarkan oleh pengundi di kawasan itu namun tidak boleh bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI