fbpx

Kematian calon Padang Serai, SPR adakan mesyuarat khas Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas Jumaat ini bagi membincangkan penetapan tarikh-tarikh penting untuk urusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan akhbar sejurus mesyuarat khas berkenaan selesai.

“SPR telah menerima Writ Pilihan Raya yang dipulangkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan yang menyatakan fakta berkaitan kematian calon yang dinyatakan di atas.

“SPR mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang M. Karupaiya yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Padang Serai yang meninggal dunia pada 16 November 2022. Semoga keluarga mendiang tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu, mendiang M. Karupaiya disahkan meninggal dunia hari ini akibat sakit jantung.

Menurut Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kali terakhir dia bertemu mendiang adalah pada 14 November lalu, di atas pentas ceramah di Kulim, Kedah.

Katanya, mendiang telah memberi ucapan ringkas dan sempat bersama menjulang tangan di akhir ucapan Pengerusi Pakatan Harapan.

“Dengan rasa penuh hiba dan dukacita saya memaklumkan bahawa M. Karupaiya, mantan Ahli Parlimen Padang Serai merangkap calon Pakatan Harapan bagi P.017 Padang Serai telah meninggal dunia hari ini.

“Mewakili seluruh keluarga besar PKR dan Pakatan Harapan, saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga mendiang, pemergian mendiang satu kehilangan besar kepada parti dan perjuangan reformasi,” jelasnya melalui satu kenyataan sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI