fbpx

Jisoo masih merisaukan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JISOO

PEMINAT ahli kumpulan Blackpink masih melahirkan kerisauan mengenai ketulan pada leher Jisoo yang tular baru-baru ini.

Namun, pihak agensinya, YG Entertainment menyangkal berita tersebut untuk mencegah kebimbangan peminat mengenai ketulan sebesar duit syiling atau tumor pada leher penyanyi kegemaran mereka itu.

“Kesihatan Jisoo baik-baik sahaja dan tiada apa yang berlaku ke atasnya,” ujar agensi itu.

Atas keprihatinan ramai, penyanyi berusia 27 tahun itu telah memuat naik foto dalam Instagram miliknya untuk menunjukkan keadaannya terkininya.

Hantaran itu meraih perhatian netizen kerana Jisoo mengenakan solekan tebal kelihatan seolah-olah patung Barbie yang boleh bernafas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI