fbpx

Janna Nick, Dini Schatzmann putus cinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN cinta antara pelakon Janna Nick dan kekasih, Dini Schatzmann dikhabarkan sudah menemui titik noktah.

PETALING JAYA – Hubungan pelakon popular Janna Nick dan kekasihnya, Dini Schatzmann dikhabarkan sudah berakhir.

Perkara tersebut menjadi tanda tanya ramai apabila bekas pengacara Melodi itu memuat naik status berbaur patah hati menggambarkan perhubungan mereka telah berakhir menerusi Instagramnya.

“Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulis Janna ringkas.

Tindakan pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 27, menutup ruangan komen perkongsian berkenaan, sekali gus memanaskan keadaan sehingga membuatkan netizen mula menyerang akaun Instagram Dini untuk mendapatkan kepastian.

Janna menerusi perkongsian berasingan InstaStory malam semalam sempat meluahkan keinginan untuk melancong.

Perkongsian yang menggunakan lagu berjudul If I Would Have Known nyanyian Kyle Hume seolah-olah memberikan gambaran tentang situasi Janna ketika ini.

Usaha Kosmo! mendapatkan jawapan daripada pelakon filem Juang itu berhubung status ya sehingga kini belum berjaya.

Pengurus Janna, Fie ketika dihubungi Kosmo! Online juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Buat masa ini apa yang saya boleh sampaikan yang dia (Janna) ingin masa untuk berehat,” kata Fie ringkas.

Hasil tinjauan Kosmo! Online mendapati Janna tidak lagi mengikuti Dini dalam Instagram namun pelakon lelaki tersebut masih lagi menjadi pengikut akaun Janna.

Terdahulu, Janna Nick dan Dini Schatzmann memulakan perhubungan mereka pada Julai 2018 semasa sama-sama menjalani penggambaran drama Bukan Cinta Aku.

Akui Dini sebelum ini, hatinya terpaut kepada Janna kerana personaliti yang dimiliki dan kecintaan wanita asal Kedah itu terhadap karier seni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI