fbpx

Gadis ketagih beli barang online, hidupnya berakhir tragis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIU ketagih membeli barang secara online walaupun berhutang. - Getty Images/iStockphoto/bunditinay

BEIJING – Seorang gadis di China yang ketagih berbelanja secara online akhirnya berhutang dengan banyak dan hidupnya berakhir secara tragis, lapor portal berita Wolipop.

Gadis bernama Liu itu bekerja sebagai pemeriksa keselamatan dalam bidang pengangkutan rel. Dia mempunyai pendapatan yang cukup untuk menampung hidupnya sekitar 3,000 yuan (RM1,921) sebulan.

Lui bagaimanapun mula ketagih membeli barangan secara online sejak 2019 dan sering membeli sesuatu yang tidak penting. Rumahnya dipenuhi dengan bungkusan barang  pelbagai saiz dari kecil hingga besar.

Liu mengalami masalah kewangan apabila pendapatannya tidak mencukupi untuk memenuhi keinginan membeli secara online. Dia bahkan gagal membayar hutang kad kredit.

Dia tidak menghiraukan masalah itu dan terus membeli-belah sehingga hutang kad kreditnya bertimbun. 

Walaupun marah, bapa Liu tetap membantunya melunaskan hutang sehingga terpaksa menggunakan wang simpanan sebanyak 500,000 yuan (RM320,171). Dalam tempoh tiga tahun, hutang Liu mencecah 1 juta yuan (RM640,342),

Ketagihan Liu membuatkan hubungan dengan bapanya semakin renggang kerana sudah hilang kepercayaan. Bapanya tertekan kerana sering diganggu oleh pemiutang  anaknya.

Pada suatu malam, Liu dan bapanya bergaduh besar. Oleh kerana terlalu beremosi, Lui ditikam oleh bapanya menggunakan sebilah pisau buah.

Liu meninggal dunia kerana hilang banyak darah. Setelah menyesali perbuatan itu, bapanya pergi ke balai polis untuk menyerah diri dan kemudian dihukum penjara selama 15 tahun. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI