fbpx

Cuaca baik di seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keadaan cuaca pada pagi ini dilihat cerah di seluruh negara berikutan tiada sebarang laporan atau amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat pukul 9 pagi hari ini.

Terdahulu, MetMalaysia melaporkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hanya di Sabah dan Sarawak sahaja.

“Kawasan di Sarawak yang berdepan dengan cuaca buruk itu adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis, Daro), Miri (Telang, Usan, Marudi) dan Limbang (Limbang).

“Berbeza di Sabah, situasi yang sama turut berlaku hanya di kawasan Pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Tongod) sahaja,” ujar MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya.

Tambah MetMalaysia, cuaca buruk itu dilaporkan berakhir pukul 5 pagi tadi dan tiada amaran ribut petir dikeluarkan buat negeri di Semenanjung setakat ini.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI