fbpx

Britain peruntuk £4.2 bilion bina lima kapal perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal pengangkut HMS Queen Elizabeth berlayar ketika latihan tentera laut digelar Gallic Strike di perairan Toulon, Perancis pada 3 Jun 2021. – AFP

LONDON – Kerajaan Britain akan memperuntukkan perbelanjaan berjumlah £4.2 bilion (RM22.6 bilion) bagi membina lima kapal tentera laut untuk meningkatkan keselamatan negara dalam berdepan ancaman Russia.

Syarikat pengeluar senjata pertahanan, BAE Systems, dianugerahkan kontrak bagi membangunkan lima lagi kapal Type 26 untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Britain, dengan tiga daripadanya kini sedang dibina. 

“Britain dan negara-negara sekutunya mengambil langkah untuk mengukuhkan keselamatan ketika berdepan peningkatan ancaman Moscow,” kata Perdana Menteri, Rishi Sunak menerusi kenyataan yang dikeluarkan Downing Street semalam.

Tambah Sunak, tindakan Russia meletakkan Britain dan negara-negara sekutunya dalam risiko. 

“Ketika kita memberikan sokongan yang diperlukan rakyat Ukraine, kita turut memanfaatkan kepakaran meluas Britain bagi melindungi negara ini dan sekutu London.

“Ini termasuk dengan membina generasi baharu kapal perang Britain,” katanya.

Peruntukan tersebut melibatkan fasa seterusnya dalam sebuah program di mana ketika ini, tiga buah kapal sedang dibina.

Kesemua lapan armada itu (termasuk lima yang baharu) dijangka selesai dibina menjelang pertengahan 2030 dan akan dihantar ke pelbagai lokasi seluruh dunia. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI