fbpx

Allahyarham Yusuf sering beritahu mahu meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit ketika menziarahi kubur ahli keluarga Muhammad Izwan baru-baru ini.

PETALING JAYA – “Ayah, Yusuf dah nak meninggal dunia”.

Demikian kata-kata yang sering diucapkan oleh Allayarham Yusuf Daniel yang maut dalam kemalangan baru-baru ini yang turut mengorbankan ibu dan kedua datuk dan neneknya.

Perkara itu disampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew ketika menziarahi bapanya iaitu Muhammad Izwan di tanah perkuburan baru-baru ini.

Menurut Ebit, bapanya memberitahu bahawa anaknya, Yusuf sering berkata bahawa dia akan meninggal dunia.

“Kata abang ni. Setahun ni anaknya Yusuf selalu cakap pada ayahnya, ‘ayah, Yusuf dah nak meninggal dunia’. Ayah jaga diri ya, Yusuf bawa mak sekali ke sana’.

“Ayahnya jadi risau dan selalu luang masa bersama anaknya meskipun sibuk berniaga di Warung Pak Berahim Felda Bukit Senggih, Jasin Melaka,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Ebit turut mendoakan agar semua ahli keluarga Muhammad Izwan yang meninggal dunia dikurniakan syurga.

“Ya Allah. Ampunilah dan tinggikan darjat mereka. Buat ahli keluarga yang ditinggalkan berilah ketabahan dan kekuatan buat mereka,” ucap Ebit.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan perjalanan enam sekeluarga ke Langkawi bagi meraikan hari jadi berakhir tragedi apabila empat daripadanya maut dalam nahas di Simpang Tiga Jalan Kolam, Machap, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, mangsa, Ibrahim Daud, 71; isterinya Latipah Dorahim, 66, dan menantu Syazana Tharin, 30, serta cucu, Yusuf Daniel, 5, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI