fbpx

Suami ibu muda dibantu Ebit Lew nafi sudah lama terpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew menghadiahkan sebuah motosikal kepada Emy baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dipercayai suami wanita muda yang dibantu pendakwah bebas, Ebit Lew baru-baru ini tampil menafikan dakwaan mereka sudah lama terpisah.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Fakhrul berkata, dia dan wanita yang dikenali sebagai Emy itu masih lagi berhubung kerana urusan anak.

Katanya, walau bagaimanapun status rumah tangga mereka masih lagi dalam proses menunggu keputusan mahkamah.

“Ya Allah Ustaz, salah tu bukan sudah lama terpisah. Kami masih baik, masih ‘contact’ (berhubung) sebab sama-sama menguruskan anak.

“Duduk pun dekat cuma status kami masih dalam proses (mahkamah). Insya-Allah esok mahkamah bagi keputusan. Jangan salah faham ya, doakan kami tiga beranak,” katanya menerusi ruangan komen pada hantaran di Instagram Ebit Lew.

Baru-baru ini Ebit Lew tampil membantu Emy, 23, yang dikatakan sudah lama terpisah dengan suaminya dan perlu membesarkan anak sebagai penghantar makanan.

Kisah wanita itu menarik perhatian ramai apabila dia gigih menghantar makanan dengan berjalan sambil membawa bersama anak lelakinya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI