fbpx

PRU15: MT parti kena putuskan BN, PN gabung – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Keluarga Felda Lasah, Sungai Siput di Sungai Siput hari ini.

SUNGAI SIPUT – Keputusan penggabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membentuk kerajaan hanya boleh diputuskan di peringkat Majlis Tertinggi (MT) parti dan bukannya secara bersendirian.

Pandangan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mengulas berhubung kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyatakan keyakinan bahawa kedua-dua parti tersebut akan bergabung selepas PRU15.

Beliau berkata, keputusan untuk bergabung atau tidak hanya akan difikirkan selepas PRU15 selesai dilaksanakan dengan BN dapat membentuk kerajaan.

“Yang pasti apa yang saya sebut di Sarawak semalam, kita pasti akan mewujudkan gabungan bersama parti dari Sabah dan Sarawak.

“Kita tidak boleh pisah dengan Sabah dan Sarawak. Mereka mesti menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam Takiyuddin menyatakan bahawa PN yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain terutamanya BN selepas PRU15.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu masih belum dibincangkan namun yakin BN akan menerima cadangan penggabungan tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI