fbpx

PRU15: Ku Nan nafi tawar duit kepada pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Adnan ketika bercakap kepada pemberita selepas meninjau proses mengundi awal sempena PRU15 di IPD Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Belum pun reda isu poster diconteng, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) hari ini mendakwa dirinya telah difitnah pula.

Terbaharu, penyandang empat penggal kerusi Parlimen Putrajaya itu dikaitkan kononnya menghantar pesanan mesej menerusi aplikasi Whatsapp kepada pengundi luar Putrajaya supaya pulang mengundi dan dijanjikan wang tunai.

Ku Nan berkata, beliau akui kesal dengan fitnah yang dilemparkan itu dan mengesahkan salinan Whatsapp itu tidak benar.

Menurutnya, pihaknya sudah pun membuat satu laporan polis semalam dan meminta dalang yang menyebar fitnah itu dibawa ke muka pengadilan.

“Saya harap sesiapa yang nak bertanding supaya jangan main fitnah sembarangan. Saya tidak tahu apa tujuan mereka dan berharap perkara ini dapat dihentikan.

“Saya tidak akan bagi duit sebab ia salah mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pusat undi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini hari ini.

Katanya, beliau sudah menasihatkan jenteranya supaya tidak mengganggu kempen calon lain dan memastikan kempen berlangsung dalam keadaan harmoni.

Ku Nan berkata, beliau tidak pernah mengganggu kempen calon lain biarpun mengetahui ada calon sengaja menghalang posternya di beberapa lokasi.

“Saya biarkan perkara itu kerana apa yang penting jangan balas balik kepada mereka,” katanya .

Menjelang hari membuang undi pada Sabtu ini, Ku Nan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan terus difitnah.

“Saya sudah lihat ada video di media sosial dan difitnah kononnya saya ini ‘Jurassic Park’ dan sudah tua,” katanya.

Terdahulu, tersebar satu pesanan Whatsapp bertajuk ‘Bantuan Elaun Perjalanan P125 Putrajaya’ yang meminta pengundi mengisi borang pengesahan sebagai pengundi luar Putrajaya selain dijanjikan wang tunai RM300. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI