fbpx

PRU15: Elak ‘dipatuk’ ular dua kali – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Keluarga Felda Lasah, Sungai Siput di Sungai Siput hari ini.

SUNGAI SIPUT – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat agar tidak mengulangi kesilapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila memilih kerajaan yang gagal.

Beliau berkata, rakyat perlu membuat pilihan bijak dengan kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak mahu melalui episod ‘dipatuk ular’ sekali lagi.

“Bagi saya, kalau kita kena (dipatuk) pun, sekali sudahlah. Bak kata orang, dipatuk ular pada satu lubang, tak akan kita tidak sedar lubang itu ada ular dan kita hulur lagi pada lubang yang sama?

“Kita sudah tahu ditipu, kena tipu sekali cukuplah. Tak akanlah mahu dua kali kena tipu, cukuplah sekali,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Keluarga Felda Lasah, Sungai Siput di sini hari ini.

Menurut beliau, pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan disifatkan sebagai gagal berikutan tiada pengalaman memerintah menyebabkan negara dalam keadaan ‘huru-hara’.

Malah katanya, sepanjang pemerintahan gabungan itu, tiada sebarang kelebihan diberikan kepada warga Felda sebaliknya golongan itu berdepan kejatuhan harga sawit.

“22 bulan orang cuba, bagi parti lain. Apa jadi pada waktu itu? Bila PH memerintah, mereka tiada pengalaman, akhirnya huru-hara seluruh negara.

“Apa yang Felda dapat daripada PH? Tiada. Bukan itu sahaja harga sawit jatuh merundum sampai RM240 ke RM250, paling rendah dalam sejarah waktu PH memerintah.

“Waktu itu apa dia (PH) buat? Mereka tidak tahu mahu buat apa. Untuk menaikkan harga sawit, menteri PH suruh minum sesudu minyak sawit setiap pagi. Itu saja idea mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI