fbpx

PRU15: Dzulkefly kejar pengundi muda selepas ‘kepung’ pengundi asas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly ketika berucap pada majlis tersebut.

KUALA SELANGOR – Penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad kini meneruskan fasa kedua kempen dalam menawan hati pengundi muda di kerusi tersebut.

Calon Pakatan Harapan (PH) itu berkata, fasa pertama dilakukan sebelum ini adalah teknik ‘mengepung’ atas undi asas supaya tidak terkesan dalam pelbagai imbuhan dan pemberian.

“Sekarang saya dalam fasa undi mengejar pengundi muda dan memastikan pengundi asas sedia ada tidak tercicir.

“Di mana saya pergi, sambutan diterima sangat terharu dan secara terbuka membuat keputusan menyokong saya sama ada Melayu, Cina dan India dengan sokongan ini lebih ketara berbanding 2018,” katanya ketika berucap hari ini.

Terdahulu beliau hadir program minum petang bersama penduduk yang turut disertai Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tapak pasar Rabu Kampung Bukit Badong, hari ini.

Dzulkefly yang merupakan Bekas Menteri Kesihatan bagaimanapun enggan berdabik dada dan membuat unjuran atau jangkaan bebas telah menerima undi yang besar setakat ini.

“Seperti Tengku Zafrul yang menggunakan pendekatan media sosial begitu juga saya dengan sokongan diterima nampak nyata beberapa hari ini.

“Kita lihat sendiri dalam kajian dilakukan tidak semestinya apa yang dikatakan minat diterjemahkan kepada undi nanti .

“Justeru, persoalan ini akan terus menjadi teka-teki dan sesiapa pun boleh buat apa pun perhitungan atau unjuran tetapi kita nantikan bagaimana ia akan berakhir nanti (pada hari pengundian Sabtu ini),” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI