fbpx

PRU15: Dr. Noraishah mampu buat kejutan Sabtu ini – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi berbual bersama Dr. Noraishah selepas selesai sidang akhbar majlis mengumpul dana di Putrajaya, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli percaya calon Pakatan Harapan (PH) P.125 Putrajaya, Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz mampu membuat kejutan pada Sabtu ini.

Rafizi yang juga calon Parlimen Pandan berkata, PH di Putrajaya mungkin dianggap ‘underdog’ dalam kalangan gergasi parti politik lain seperti Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Namun, katanya, demografi penduduk di Putrajaya sebenarnya tidak banyak beza dengan kawasan Parlimen lain di sekitar Lembah Klang dan PH sangat diterima baik pengundi Melayu mahupun undi bukan Melayu.

Dalam perkembangan lain, PH merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana calon yang mengeluarkan kenyataan bersifat jahat kepada gabungan itu sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlangsung.

Rafizi berkata, pihaknya boleh menggunakan peruntukan Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

Beliau berkata, jika akta itu digunakan, kemenangan calon bagi kerusi ditandingi boleh dicabar di mahkamah.

“Tindakan itu penting supaya ia menjadi peringatan kepada parti dan calon lawan yang berkempen dengan menggunakan taktik sedemikian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI