fbpx

PRU15: Anwar ‘sokong’ Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir pada program minum petang di Bestari Jaya, hari in

KUALA SELANGOR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertanding di Kuala Selangor.

Anwar bagaimanapun menegaskan sokongan itu adalah bagi ‘mengajar’ Menteri Kewangan itu mengenai golongan rakyat yang banyak terkesan akibat banjir dan kesusahan.

Katanya, gaji yang diterima Tengku Zafrul sebagai bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah bank tidak mendedahkannya terhadap realiti kehidupan bawahan.

“Bagi saya baik (bertanding di Kuala Selangor) sebab bagi ‘pendidikan’. Jadi kena niat (Tengku) Zafrul datang untuk dididik bagaimana taukey bank faham masalah rakyat.

“Saya bukan nak serang peribadi, keluarga dia..mertua dia kawan baik saya tetapi ini bukan agenda peribadi. Perjuangan bukan wayang, sunguh-sunguh percaya yakin nak tolong,” katanya ketika berucap pada majlis minum petang bersama penduduk di tapak pasar Rabu Kampung Bukit Badong, hari ini.

Sementara itu, calon PH Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, Tengku Zafrul perlu banyak belajar dalam menyerlahkan rasa simpati dan komunikasi secara bersemuka bagi menyerlahkan dirinya kepada pengundi.

“Kalau mahu benar-benar menjadi MP (Ahli Parlimen) Kampung seperti saya harus ada skill set, bukan sekadar kata akan selesaikan masalah itu dan ini, tapi harus benar-benar dalam memahami denyut nadi penduduk,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI