fbpx

PRU15: 94.7 peratus keluar undi awal, tertinggi berbanding PRU14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 212,961 orang pengundi terdiri anggota tentera dan pasangan selain anggota polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal hari ini.

PETALING JAYA – Peratusan undi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya merekodkan peningkatan apabila mencatatkan sebanyak 94.7 peratus berbanding hanya 83 peratus pada edisi sebelum ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, sejumlah  94.72 peratus atau 212,961 orang pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan selain anggota polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Hari ini, seramai 224,828 pengundi awal menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada PRU15 termasuk PRK Bugaya.

Pengundi awal terlibat terdiri daripada 117,473 anggota tentera dan pasangan serta 107,355 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA).

Pusat Mengundi Awal yang ditetapkan SPR akan dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Bagaimanapun, terdapat beberapa Pusat Mengundi Awal yang ditutup lebih awal.

Jika diimbas kembali pada PRU14, peratusan keluar undi awal merekodkan sebanyak 83 peratus daripada 278,590 anggota keselamatan dan pasangan keluar mengundi di 586 pusat pengundian melibatkan 910 tempat mengundi (saluran mengundi).

Dalam edisi pilihan raya itu, seramai 300,255 pengundi awal telah berdaftar bagi menjadi pemilih PRU14 dan daripada jumlah itu seramai 21,665 orang mendaftar untuk undi pos. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI