fbpx

Piala Dunia: Southgate enggan hirau kritikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOUTHGATE percaya pemilihan pemain yang dibawa ke Qatar kali ini mampu memberikan kejayaan buat England biarpun menerima kritikan hebat. – AFP

LONDON – Walaupun berdepan kritikan demi kritikan, namun Ketua Jurulatih England, Gareth Southgate melaungkan keyakinan pasukan itu mampu mencatat kejayaan cemerlang pada saingan Piala Dunia 2022 di Qatar nanti.

Beliau berkata, semua pemain berada dalam kondisi terbaik ketika ini selain tidak sabar untuk beraksi pada kejohanan itu selepas senarai akhir 26 pemain diumumkan Khamis lalu.

Skuad The Three Lions pasti­nya turun dengan harapan untuk mengulangi pencapaian muncul juara pada edisi 1966 selepas dikecewakan Itali pada perlawanan akhir Euro 2020.

“Buat masa ini, kami hanya bercakap dengan pemain me­ngenai perasaan mereka dapat menjadi sebahagian pasukan ke Piala Dunia. Semua pemain sa­ngat teruja untuk ke Qatar nanti.

“Saya tahu ada banyak perkara dibincangkan mengenai apa yang berlaku di luar padang pada edisi kali ini, tetapi kami hanya mahu pergi ke sana (Qatar) de­ngan semangat berkobar-kobar,” katanya.

Southgate menjadi sasaran kecaman penyokong England apabila tidak menyenaraikan penyerang Brentford, Ivan Toney selain membawa pemain tengah Manchester City, Kalvin Phillips yang banyak menghabiskan masa di bilik rawatan musim ini.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai banyak perkara kerana apa yang penting adalah untuk fokus kepada tempoh empat minggu akan datang. Saya yakin kami boleh jadikan Piala Dunia kali ini sebagai edisi terbaik buat England selepas 1966,” ujarnya. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI