SEPANYOL terus kekal dengan status antara gergasi bola sepak dunia dan menjadi salah satu pasukan pilihan untuk merangkul gelaran Piala Dunia 2022 di Qatar bermula 20 November ini.
Berdasarkan pemerhatian, skuad La Roja menjadi negara pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan berprestij itu selain juara bertahan, Perancis, Brazil, Argentina dan England.
Sepanyol kali ini membariskan skuad seimbang dengan gabungan ramai pemain muda dan tonggak berpengalaman yang memacu pasukan No.7 dunia itu menjuarai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Prestasi semasa Sepanyol juga amat memberangsangkan apabila menjuarai aksi Kumpulan A2 Liga Negara-Negara Eropah apabila hanya merekodkan satu kekalahan daripada enam perlawanan.
Ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique dikatakan mempunyai formula untuk memastikan pasukannya mampu melangkah jauh sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat separuh akhir di Qatar nanti.
Keyakinan Enrique ketika ini cukup tinggi untuk menghadapi Piala Dunia 2022 apabila membuat keputusan berani tidak membawa nama-nama berpengaruh besar seperti Sergio Ramos, David De Gea dan Thiago Alcantara.
“Saya tidak pernah meragui dengan kemampuan sendiri. Malah, saya adalah jurulatih terbaik di dunia pada ketika ini. Kalau tidak bagaimana pemain mahu mempercayai saya,” kata Enrique.
Sepanyol akan membuka kempen Kumpulan E menentang Costa Rica di Stadium Al Thumama, Doha pada 23 November diikuti Jerman (27 November) dan Jepun (1 Disember).
PROFIL
PASUKAN: Sepanyol
GELARAN: La Roja
KETUA JURULATIH: Luis Enrique
KAPTEN: Sergio Busquets
RANKING FIFA: No.7 dunia
PENYERTAAN PIALA DUNIA: 1934, 1950, 1962, 1966, 1978, 1982, 1986, 1990, 1994, 1998, 2022, 2006, 2010, 2014, 2018, 2022
PENCAPAIAN TERBAIK: Juara (2010)
RAMALAN PIALA DUNIA 2022: Separuh akhir
SENARAI 26 PEMAIN
PENJAGA GOL
Unai Simon (Athletic Bilbao)
Robert Sanchez (Brighton)
David Raya (Brentford)
PERTAHANAN
Jordi Alba (Barcelona)
Cesar Azpilicueta (Chelsea)
Dani Carvajal (Real Madrid)
Pau Torres (Villarreal)
Jose Gaya (Valencia)
Eric Garcia (Barcelona)
Aymeric Laporte (Manchester City)
Hugo Guillamon (Valencia)
TENGAH
Sergio Busquets (Barcelona)
Koke (Atletico Madrid)
Rodri (Manchester City)
Marcos Llorente (Atletico Madrid)
Pedri (Barcelona)
Gavi (Barcelona)
Carlos Soler (Paris Saint-Germain)
PENYERANG
Alvaro Morata (Atletico Madrid)
Ferran Torres (Barcelona)
Marco Asensio (Real Madrid)
Pablo Sarabia (Paris Saint-Germain)
Dani Olmo (RB Leipzig)
Yeremy Pino (Villarreal)
Ansu Fati (Barcelona)
Nico Williams (Athletic Bilbao)