fbpx

Penyumbat telinga tersekat selama 5 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TELINGA Wallace akhirnya boleh mendengar semula setelah mengeluarkan objek tersebut. - Max Willcock/BNPS

LONDON – Seorang lelaki di Britain terkejut apabila mendapati kepingan penyumbat telinga kalis bunyi tersekat di dalam telinganya selama kira-kira lima tahun, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Wallace Lee, 66, dari Weymouth, Dorset berkata, dia kehilangan pendengaran sejak beberapa tahun lalu. 

Lelaki itu akhirnya membeli kit endoskop untuk memeriksa sendiri bahagian dalam telinganya. Apabila menggunakan kamera kecil itu, Wallace mengesan satu objek kecil berwarna putih di dalam telinganya.

“Lima tahun lalu, saya melawat keluarga di Australia dan membeli beberapa penyumbat telinga berbilang fungsi, bergantung kepada bunyi yang ingin dihalang secara berperingkat ketika berada di dalam pesawat.

“Salah satu daripadanya telah digunakan dan ia tersekat di telinga saya sejak itu,” kata Wallace kepada Badan Penyiaran Britain (BBC).

Dia kemudian bertemu dengan seorang pakar telinga, hidung dan bedah yang kemudian berjaya mengeluarkan objek itu.

“Saya dengan serta-merta dapat mendengar segala bunyi dalam bilik. Halangan yang berada di kepala saya selama bertahun-tahun akhirnya hilang dan saya dapat mendengar dengan baik,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI