fbpx

Lelaki durjana ditahan pukul, tendang isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Seorang lelaki diberkas selepas memukul muka dan menendang perut isterinya selepas berlaku perselisihan faham di rumah mereka di Taman Sentosa, baru-baru ini.

Suspek berusia pukul 27 tahun ditangkap kira-kira pukul 10.50 malam, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan kejadian berlaku pukul 10 malam hari sama dengan mangsa berusia 28 tahu turut menerima ugutan sehingga mendatang ketakutan kepadanya.

Katanya, hasil siasatan mendapati bahawa kejadian keganasan rumah tangga itu berulang banyak kali namun mangsa yang merupakan suri rumah tidak membuat laporan polis sebelum ini.

“Tindakan suspek telah menyebabkan mangsa bengkak pada muka dan perut mangsa.

“Punca kejadian disebabkan berlaku perselisihan faham antara mereka dengan suspek mempunyai pelbagai rekod lampau atas kesalahaan jenayah serta dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan suspek akan dituduh di Mahkamah Klang, esok.

‘Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Dalam pada itu, polis menasihatkan orang awam terutama mereka yang telah berumahtangga agar membuat laporan polis segera supaya tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut peruntukkan undang-undang,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI