fbpx

‘Kami jiwa NGO’ – Ahmad Idham turun sokong kempen Eizlan Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Idham berjanji membuka Hab Pendidikan Khas di Sabak Bernam sekiranya Eizlan Yusof memenangi parlimen tersebut. Foto - Syamsah Photography

SABAK BERNAM – Jarak perjalanan empat jam tidak menghalang calon Parlimen Port Dickson, Dr. Ahmad Idham Nadzri turun ke Sabak Bernam bagi memberi sokongan buat rakan seperjuangan, Datuk Seri Eizlan Yusof.

Apatah lagi ketika melihat usaha Eizlan yang bertanding di P092 Parlimen Sabak Bernam mengenal pasti beberapa isu berbangkit yang berlaku di kawasan tersebut.

“Saya mengikuti perkembangan Eizlan di sini, melihat dari sudut tempat yang dilawati, isu-isu yang didengari dan santuni.

“Kami organisasi badan bukan kerajaan (NGO) dan bergerak dalam Gerakan Tanah Air (GTA) menggunakan logo Pejuang bawah komponen NGO, Gagasan Bangsa.

“Jiwa kami, jiwa NGO. Kami kenal pasti masalah, selesaikan masalah, bukan buat ‘show’!” katanya.

Umum sedia maklum bahawa Ahmad Idham mempunyai produk NGO iaitu Hab Pendidikan Khas.

Sekiranya Parlimen Sabak Bernam dimenangi Eizlan, pengarah filem Mat Moto Otai itu tidak teragak-agak untuk membuka Hab Pendidikan Khas di situ.

“Itu janji saya pada Eizlan sebab kami membesar bersama-sama dan beliau faham anak-anak istimewa.

“Jika masyarakat di sini mahu sebuah Hab Pendidikan Khas untuk anak-anak istimewa, saya rasa mereka tahu siapa yang patut mereka undi,” ujarnya lagi.

Kedatangan Ahmad Idham ke Sabak Bernam juga disebabkan perkongsian Eizlan yang tular dalam media sosial tentang isu capaian internet yang menjadi salah satu isu besar di kawasan tersebut.

“Saya terkejut juga kerana pada 2022, capaian internet masih bermasalah di Sabak Bernam.

“Seperti sedia maklum, saya pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, jadi salah satu agensi yang pernah bersama saya adalah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, jadi saya tahu kerja mereka,” katanya.

Pada pertemuan hampir tiga jam tersebut, mereka sempat bertukar pandangan mengenai perancangan, misi dan visi masing-masing untuk parlimen diwakili mereka sekiranya diberi mandat sempena PRU15 pada 19 November ini.

Terdahulu, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Eizlan disahkan bertanding atas tiket GTA masing-masing di kerusi Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI