AHLI kumpulan BTS, mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi K-pop pertama yang menyanyikan lagu sempena acara pembukaan Piala Dunia 2022 di Qatar.
Agensi Big Hit dalam satu kenyataan menyuarakan sokongan padu terhadap kejayaan penyanyi itu apabila dipilih mempersembahkan lagu rasmi Piala Dunia edisi tahun ini.
“Kami berbangga untuk mengumumkan Jungkook menyertai lagu rasmi Piala Dunia 2022 di Qatar dan akan mengadakan persembahan pada hari pembukaan.
“Teruskan menanti perkembangan selanjutnya kerana informasi mengenai lagu rasmi belum dilancarkan,” katanya.
Penyanyi berusia 25 tahun itu sebelum ini pada hujung bulan lalu berada di Qatar bagi mempromosikan Piala Dunia 2022 di sana.
Acara pembukaan Piala Dunia 2022 akan diadakan di Stadium Al Bayt, Qatar bermula 20 November ini dan berakhir pada 18 Disember depan.