fbpx

Jambatan kereta api India disabotaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMBATAN Kereta Api Odal yang menghubungkan Udaipur dan Ahmedabad ditutup akibat letupan kelmarin. – ANI

NEW DELHI – Pihak berkuasa masih menyiasat kemungkinan  berlaku serangan pengganas  di tengah India selepas letupan bom merosakkan sebuah landasan yang baru dibuka, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Landasan Udaipur-Ahmedabad dalam negeri Rajasthan itu mengalami kerosakan struktur di atas Jambatan Kereta Api Oda akibat letupan bom buatan sendiri awal kelmarin.

Peranti peledak dan serbuk senjata api ditemui di lokasi kejadian selepas penduduk setempat melaporkan mende­ngar bunyi letupan kuat, manakala kereta api segera dihentikan daripada menyeberangi jambatan berkenaan. Beberapa retakan besar ditemui di atas landasan yang dikhuatiri pihak berkuasa, akan menyebabkan tren tergelincir.

Beberapa pegawai berkata,  Skuad Anti Keganasan Udaipur sedang menyiasat insiden itu, manakala mereka  menjangkakan landasan berkenaan akan dibuka semula.

“Pasukan Agensia Siasatan Nasional (ATS) dan syarikat India Railways sedang memeriksa lokasi kejadian,” kata Menteri Kesatuan Kereta Api, sambil menambah, mereka yang bertanggungjawab akan menerima hukuman berat.

Menurutnya, pasukan  yang akan membaiki jambatan itu turut berada di lokasi berke­naan.

Landasan kereta api itu meru­pakan sumber pengangkutan utama untuk laluan Udaipur dan Ahmedabad sejauh 257 kilometer. Ia diper­kenalkan oleh Perdana Menteri, Narendra Modi baru-baru ini sebagai laluan utama bagi menghubungkan perantau dari utara, timur dan kawasan pantai  di India. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI