PENYANYI Byul mengumumkan dia kini membekukan segala aktiviti seni demi anak perempuannya.
Pengumuman tersebut disertakan dengan khabar kurang baik apabila anaknya dikatakan mengidap penyakit ‘misteri’ dikenali sebagai Gullain Barre.
Penyakit tersebut merupakan gangguan pelik yang menyerang sistem saraf hingga mengganggu imunisasi badan.
Menurut isteri penyanyi dan anggota Running Man, HaHa itu, dia perlu fokus terhadap penjagaan dan memberikan sokongan penuh kepada anaknya, Song yang berusia empat tahun.
“Sebenarnya semasa Song sakit, susah baginya untuk duduk, berjalan dan melakukan sebarang aktiviti dengan sendiri.
“Saya bermain dengannya untuk memberikan motivasi supaya dia terus kuat melawan penyakit tersebut sambil menunjukkan cara untuk berjalan dan bermain,” kata Byul.