fbpx

Indonesia sediakan 1,400 kenderaan elektrik untuk sidang G20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan elektrik keluaran syarikat dari China, Wuling Motors disediakan untuk delegasi di Pulau Bali. – Wuling Motors

JAKARTA – Pemerintah Indonesia menyediakan lebih 1,400 kenderaan elektrik (EV) yang akan digunakan sepanjang sidang kemuncak negara-negara Kumpulan 20 (G20) yang berlangsung di Pulau Bali hari ini dan esok, lapor akhbar Arab News.

Daripada jumlah itu, seba­nyak 962 unit  terdiri daripada kereta elektrik, 454 motosikal elektrik dan 36 bas elektrik bagi mengangkut delegasi, kumpulan pemberita serta anggota ke­selamatan di lokasi utama acara.

“Indonesia amat serius untuk mengetengahkan tenaga boleh diperbaharui dalam menuju ke arah penggunaan kenderaan elektrik,” kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Adita Irawati.

Ketika pemimpin-pemimpin dunia tiba pada acara tersebut, mereka juga akan dijemput menggunakan kenderaan elek­trik sebagai simbolik kepada komitmen Jakarta ke arah peralihan tenaga.

Penggunaan EV ketika persidangan itu dilihat sebagai langkah bagi memenuhi sasaran Indonesia untuk mencapai pelepasan karbon sifar menje­lang 2060.

“Ia merupakan langkah dalam arah yang betul  dan saya gembira kerana Indonesia membuat keputusan untuk mempamerkannya kepada dunia pada persidangan G20.

“Penggunaan kenderaan elek­trik ketika G20 menunjukkan simbol bagi permulaan kepada transformasi,” kata aktivis alam sekitar dan Ketua Eksekutif Landscape Indonesia, Agus Sari.

Selaku pengerusi G20 tahun ini, Indonesia memberi tumpuan kepada pemulihan pasca pandemik, peralihan tenaga dan transformasi digital.

Ia juga memberi kelebihan kepada Jakarta untuk mempromosikan potensinya dalam menjadi hab serantau bagi pengeluaran EV. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI