fbpx

Guru wanita, 14 pelajar cemas merkuri tumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pembersihan sisa tumpahan merkuri di makmal sebuah sekolah di Kulim, hari ini.

KULIM – Seorang guru dan 14 murid mendapatkan rawatan di Hospital Kulim selepas terkesan dengan kejadian tumpahan merkuri di makmal sebuah sekolah di sini pada pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.20 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati terdapat seorang guru wanita berusia 36 tahun serta lima murid lelaki dan sembilan murid perempuan berusia 11 tahun terkesan dengan tumpahan sisa merkuri itu.

“Kesemua mereka mengalami kegatalan pada anggota badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, anggota kemudian memberikan rawatan awal kepada mangsa seterusnya membawa mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Anggota seterusnya menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa merkuri di kawasan terjejas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI