fbpx

Tanah runtuh: Polis kawal banglo lima tingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dinding dapur rumah lima tingkat pecah akibat tanah runtuh pagi tadi di Jalan Halaman 6, Taman Halaman Ampang.

AMPANG – Tiga sekeluarga yang menghuni sebuah rumah lima tingkat cemas apabila dinding dapur pecah selepas tanah gelongsor disebabkan hujan lebat di Taman Halaman Ampang, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.26 pagi.

“Tanah di belakang rumah itu menggelongsor menyebabkan dinding dapur rumah tersebut pecah. Kejadian itu berlaku disebabkan hujan lebat berterusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, kawasan yang terkesan adalah banglo dan terdapat sebanyak sembilan buah rumah yang dibina di lereng bukit tersebut.

DINDING dapur rumah lima tingkat pecah akibat tanah runtuh pagi tadi di Jalan Halaman 6, Taman Halaman Ampang.

“Hujan berterusan menyebabkan air berlumpur mengalir ke kawasan depan rumah. Penghuninya kemudian berpindah ke rumah lain. Polis turut membuat kawalan di hadapan rumah tersebut,” katanya.

Katanya, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat turut turun padang membuat pemeriksaan.

“Tindakan awal meletakkan plastik kanvas dibuat bagi menutup tanah di lereng bukit yang terkesan. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI