fbpx

Busana hitam pekat menawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOLEKSI Black Series menampilkan satu tona sahaja iaitu hitam dengan pelbagai ciri eksklusif.

RONA hitam sering dianggap sebagai antara rona yang paling elegan dan mudah disuai padan dengan gaya lain.

Malah, rona itu juga mempunyai aura luar biasa yang menjadikan pemakainya tampak ‘mewah’.

Hal itu mendorong jenama tempatan yang cukup terkenal dengan koleksi minimalis dan inovatif, ANAABU tampil dengan koleksi baharu satu tona dikenali sebagai ‘Black Series’.

Rangkaian pakaian rona hitam pekat dengan ciri fleksibel dan mudah dipakai menjadi taruhan, dengan setiap helaian pakaiannya mempunyai ciri eksklusif tersendiri.

Selaku pereka utama, Ana Abu berkata, biarpun jenama tersebut lebih dikenali dengan gaya minimalis, koleksi baharunya itu menampilkan sisi kreatifnya bersama ciri baharu.

“Bagi koleksi ini, setiap helaian bersifat mudah dipakai serta membolehkan pemakainya untuk meneroka gaya baharu.

“Malah, koleksi kali ini juga lebih eksklusif berbanding koleksi ANAABU yang lain,” ujarnya.

Jelasnya lagi, koleksi Black Series ini menceritakan perjalanan seseorang dalam mencari identiti baharu.

Sebanyak 20 siluet dan tekstur berbeza diterjemahkan Ana sebagai usaha untuk membenarkan semua pemakai agar tampil menyerlah dengan fabrik serta potongan baju yang pelbagai.

Koleksi tersebut dibahagikan kepada tiga keluaran dengan keluaran pertamanya dikenali sebagai ‘Chapter 1’.

SALAH satu rekaan menarik yang dinamakan Samar.

Nama-nama seperti Galur, Ireng, Redup, Samar, Jiwa dan Umbra sebagai nama produknya.

Potongan pakaiannya pula lebih terarah kepada gaya androgynous sehingga minimalisme avant-garde.

Bagi memberikan kepelbagaian gaya buat pemakai, koleksi ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pakaian lelaki, pakaian wanita dan juga pakaian bebas jantina atau uniseks.

Gaya uniseks diperkenalkan menerusi beberapa busana Black Series bagi membolehkan sesiapa sahaja tidak mengira jintina untuk bereksperimen dan mengekspresi gaya menerusi koleksi unik itu.

Koleksi ini menampilkan kategori pakaian seperti baju, seluar, dres dan juga outerwear.

Antara yang menarik perhatian adalah busana jenis kimono diberi nama Jiwa, yang mana potongan ringkas pada busana itu cukup sesuai digayakan oleh lelaki dan juga wanita yang sukakan gaya minimalis.

Kemeja Redup daripada bahan kapas linen dengan potongan longgar pula memberikan gaya santai yang sesuai digayakan pada bila-bila masa.

Bagi busana wanita yang diberi nama Kabur pula, perincian butang ringkas pada bahagian hadapan bajunya dengan leher potongan V pula mencipta gaya kasual sesuai buat semua golongan umur.

Kelainan koleksi Black Series terletak pada potongannya yang pelbagai dan gaya hitam kemas yang ditonjolkan.

Jelas Ana, setiap koleksi dijual pada harga yang berpatutan dan boleh didapati menerusi laman web jenama itu.

“Koleksi ini didatangkan dalam pilihan saiz daripada XS sehingga XXL pada harga bermula RM129 sehingga RM349,” ujarnya.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web anaabu.co.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI