BARU melahirkan anak sulung pada 6 November lalu, aktres terkemuka Alia Bhatt kini dibenarkan pulang ke rumah selepas lima hari berkampung dalam wad hospital.
Ditemani suami tercinta, Ranbir Kapoor, pelakon jelita itu kelihatan tenang mengendong puteri kecil mereka ke kereta biarpun dikelilingi paparazi.
Ketika kelahiran si kecilnya, muncul pelbagai gosip kononnya anak itu adalah anak luar nikah disebabkan lahir hanya tujuh bulan selepas perkahwinan mereka.
Rata-rata menyatakan tarikh kelahiran bayi perempuan itu tidak selari dengan hari perkahwinan mereka yang berlangsung pada April 2022 atau tujuh bulan lalu.
Bayi perempuan yang tidak mengerti apa-apa itu juga dijadikan ‘meme’ segelintir individu sebagai sindiran kepada ibu bapanya.
Namun ada juga peminat berpendapat bayi yang dilahirkan secara pembedahan itu mungkin tidak cukup bulan.