LONDON – Seorang wanita di Scotland terkejut apabila mendapati sekeping roti bakar keju yang dimasak mempunyai corak menyerupai wajah bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, lapor akhbar Daily Star semalam.
Nikki Finlay, 46 berkata, ia sesuatu yang menakutkan apabila melihat ‘wajah’ Trump pada roti bakar keju tersebut.
“Kami sudah menikmati menu ‘fish and chips’ ketika pergi ke pantai petang itu, jadi saya enggan memasak hidangan ‘berat’ untuk makan malam.
“Saya berpendapat roti bakar keju adalah hidangan terbaik dan selepas memasaknya, saya melihat Trump sedang ‘memandang’ ke arah saya. Ia amat menakutkan,” katanya.
Trump sebelum ini diketahui sering dikaitkan dengan keju.
Salah satu makanan kegemarannya adalah McDonald’s Egg McMuffin yang dihidangkan bersama sekeping keju ala Amerika yang disusun di bawah telur beserta hirisan tomato pada bahagian atasnya. – Agensi