KUALA LUMPUR – Pengunjung pasar raya Nexus berdepan detik cemas apabila sebuah restoran Cina Muslim Amber, di Nexus Bangsar Selatan, Jalan Kerinchi Kiri 2, terbakar tengahari tadi.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ramli Mohamad, insiden kebakaran dilaporkan sekitar pukul 12.49 tengahari.
“Pasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai bergegas ke lokasi kejadian bersama kekuatan 10 anggota.
“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat kebakaran melibatkan restoran di bahagian dapur,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ramli berkata, dapur restoran yang berkeluasan 10×10 kaki persegi terbakar lima peratus.
“Tiada mangsa yang terlibat dan api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 1.20 tengahari.
“Punca dan kerugian kebakaran masih dalam siasatan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.