fbpx

PRU15: Saya tidak akan mohon maaf kepada Anwar – Razman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Bagan Serai hari ini.

BAGAN SERAI – Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria enggan melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana surat tuntutan (LOD) bertarikh 8 November yang diterimanya.

Menurutnya, beliau tidak memfitnah Anwar kerana apa yang diucapkannya di Tebuk Panchor di sini baru-baru ini adalah berdasarkan kenyataan-kenyataan pimpinan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan yang lalu.

“Sehubungan itu, saya akan terus memimpin Pas di Perak bagi menyekat Anwar dan PH daripada berkuasa di negeri ini.

“Justeru, saya ingin menegaskan saya tidak akan memohon maaf. Nilai saman RM5 juta yang dibuat itu amat kecil nilainya berbanding dengan akidah ummah,” katanya pada sidang akhbar di K Garden Hotel Bagan Serai di sini hari ini.

Razman berkata, beliau dan Pas Perak mengambil tindakan untuk tidak memohon maaf berikutan mahu menjaga ummah, kelangsungan Islam dan tidak melepaskan Perak untuk ditadbir PH khususnya DAP.

Ketika ditanya sama ada beliau bersedia atau tidak sekiranya berhadapan dengan Anwar dalam satu perdebatan terbuka, Razman menegaskan beliau tiada masalah untuk berdebat.

“Bila-bila masa boleh, tak ada masalah. Dia pun nak datang ke sini dan jika hubungi Pakteh untuk berjumpa, jom kita berjumpa. Pakteh pun ada nak tanya dia beberapa perkara,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman RM 5 juta terhadap Razman berhubung video tular tentang ucapannya di Tebuk Panchor di sini yang mengatakan Anwar mempunyai agenda LGBT dan ingin menyerahkan kuasa kepada DAP.

Selain itu calon PH Parlimen Bagan Serai, Siti Aishah Shaikh Ismail juga membuat laporan polis di IPD Kerian berhubung perkara sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI