fbpx

PRU15: Kenyataan Zul Huzaimy bukan wakili Pas – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi ketika berucap di program PN Best Tambun di Jalan Meru Impian, Ipoh semalam. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kenyataan aktor dan pengarah, Zul Huzaimy yang mahu menyembelih orang bukan Islam dalam satu program anjuran Pas di Terengganu baru-baru ini, tidak mewakili pendirian Pas.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kenyataan berkenaan tidak boleh dilihat mewakili parti kerana individu itu bukan kalangan pimpinan mahupun ahli.

“Dia bukan pemimpin dan bukan ahli Pas pun, saya tahu dia bukan ahli. Kalau dia mahu sabotaj kita dengan pergi program kita dan cakap macam itu, lepas itu salahkan Pas, tak boleh.

“Saya sendiri tidak berani cakap macam itu bagi pihak Pas. Bercakap bagi pihak parti hanyalah Presiden dan Setiausaha Agung. Saya cakap dalam bidang saya sahaja iaitu pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Jelajah Perikatan Nasional (PN) Best Tambun di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak di sini semalam.

Menurut beliau, kenyataan yang dibuat pelakon berkaliber itu dilihat berbahaya dan memberi persepsi tidak baik kepada pemerintahan Pas.

“Di Kelantan, Pas telah memerintah selama 32 tahun. Tiada apa yang terjadi, malah semua orang hidup dengan aman damai.

“Jangan kata paksa orang masuk Islam, bersunat pun kita tidak paksa. 32 tahun kita perintah, kita ada bukti itu (pentadbiran baik), jadi jangan takut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI