fbpx

100 mangsa banjir terperangkap atas bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN tentera bersedia untuk operasi memindahkan mangsa banjir di bandar Lismore, negeri New South Wales pada 30 Mac lalu. – AFP

SYDNEY – Anggota-anggota penyelamat memindahkan  lebih 100 orang yang terperangkap di atas bumbung kediaman hari ini selepas banjir kilat melanda sebuah pekan di Australia, lapor beberapa pegawai.

Hujan lebat pada hujung minggu di negeri New South Wales (NSW) menyebabkan paras air meningkat dengan beberapa buah bandar dan komuniti terputus hubungan.

Kawasan pantai timur Australia berulang kali dilanda hujan lebat sejak dua tahun lalu yang didorong kitaran fenomena cuaca La Nina.

Ramai penduduk di pekan Eugowra yang mempunyai populasi 800 orang, naik ke atas bumbung untuk menyelamatkan diri daripada banjir terbaharu yang melanda. Pekan itu terletak sekitar 350 kilometer ke barat Sydney.

 “Di Eugowra sahaja, kami telah menyelamatkan 140 mangsa. Lebih 100 mangsa itu diselamatkan daripada bumbung kediaman,” kata Menteri Perkhidmatan Kecemasan NSW, Stephanie Cooke.

Menurutnya, penduduk yang terkandas dibawa ke tempat selamat dengan menggunakan helikopter dan bot.

“Ini merupakan situasi yang amat serius, bukan sahaja di Eugowra tetapi di banyak kawasan lain,” kata Cooke.

Perkhidmatan kecemasan NSL turut berhubung dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Singapura untuk memastikan bantuan seterusnya.

NSW telah mengeluarkan 16 amaran perpindahan segera sejak banjir melanda kawasan tengah, barat dan selatan negeri itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI