fbpx

MAN Malaysia tawar casis bas elektrik dengan pelepasan karbon sifar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Casis badan e-Bas keluaran MAN Malaysia memiliki teknologi hijau dengan perlepasan karbon sifar.

PETALING JAYA – Pengeluar kenderaan komersial terkemuka Jerman, MAN Truck & Bus (M) Sdn. Bhd (MAN Malaysia) bakal menawarkan casis bas elektrik sepenuhnya dengan pelepasan karbon sifar bersama casis konvensional yang dikuasakan oleh enjin Euro V pelepasan rendah karbon bermula tahun 2023.

Tawaran ini bertujuan untuk memacu perubahan ke arah mobiliti mampan dalam sektor pengangkutan awam Malaysia.

Pengarah Urusan MAN Malaysia Andrew O’Brooks berkata, untuk pasaran domestik, casis MAN eBus boleh didapati sebagai kenderaan dua gandar dengan lantai rendah (LF) yang sesuai untuk pengangkutan awam bandar.

Menurutnya, ia dikuasakan oleh motor elektrik dengan kuasa berterusan 160 kW dan tork maksimum 2100 Nm dipadankan dengan kotak gear kelajuan tunggal.

Menggunakan bekalan elektrik sama ada daripada bateri empat pek 320 kWj atau enam pek 480 kWj berteknologi NMC (lithium-nikel-mangan-kobalt), casis MAN eBus mempunyai jarak perjalanan sehingga 350 kilometer dengan sekali cas.

“Casis MAN eBus, dengan fleksibiliti dan prestasi yang telah terbukti, akan menjadi platform yang sempurna untuk pengendali bas Malaysia beralih kepada mobiliti elektro.

“Kami merancang untuk memasang casis MAN eBus secara tempatan untuk menjadikan harganya lebih kompetitif bagi mereka yang berminat untuk menyertai kami dalam perjalanan ke arah kemampanan. 

“Dengan program pemasangan tempatan (CKD), kami berjangka bas elektrik akan mencapai sekurang-kurangnya 20 peratus daripada jualan keseluruhan bas MAN di Malaysia menjelang 2026,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Selain itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Gemilang International, Pang Chong Yong, berkata, pihaknya teruja dengan pengenalan casis MAN eBus di  negara ini.

“GML adalah salah satu syarikat pertama di Asia Tenggara yang memasang bas elektrik dan kami berkongsi matlamat yang sama dengan MAN dalam mengurangkan pelepasan karbon. 

“Kami komited untuk membangunkan badan bas aluminium yang paling tahan lama, ringan, mesra alam dan kos efektif bagi casis MAN yang menggunakan teknologi terkini,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI