fbpx

Gadis harapan keluarga terlantar selama 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Romlah (kiri) dan Mustafa sayu melihat Ramilawati yang terlantar sejak 15 tahun lalu di Kampung Mengabang Telong, Kuala Nerus baru-baru ini.

SETIU – Luluh hati sepasang suami isteri apabila anak sulung yang diharapkan untuk mencari rezeki buat keluarga hanya mampu terlantar di atas katil sejak 15 tahun lalu apabila menghidap penyakit saraf otak.

Ramilawati Mustafa, 43, lumpuh seluruh badan apabila disahkan menghidap saraf otak atau ‘multiple sclerosis’ hingga meresahkan bapa, Mustafa Abdullah, 68, dan ibunya, Romlah Salleh, 63.

Menurut Romlah, penyakit itu dikesan ketika anaknya berada pada tahun akhir jurusan teknologi maklumat di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Se­langor pada 2001.

“Pada mulanya, dia mengadu sering sakit dan kebas pada bahagian kaki tetapi doktor gagal mengesan punca sebenarnya.

“Begitupun anak saya tetap tabah menamatkan pengajian walaupun penyakitnya semakin melarat sehingga terpaksa menghadiri majlis konvokesyen dengan berkerusi roda,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Mengabang Telong di sini baru-baru ini.

Menurut Romlah, anaknya kemudian mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Tambahnya, penyakit anak­nya bertambah kronik dan lumpuh seluruh badan pada 2007.

“Dia kini sudah tidak boleh bercakap dan terlantar di atas katil dengan minum susu khas melalui tiub. Kos perubatan se­perti lampin pakai buang, susu dan ubat-ubatan mencecah RM500 sebulan,” kataya.

Romlah berkata, dia dan suami berusaha menjual kuih-muih dan aiskrim bagi menampung kos perubatan Ramilawati.

Jelasnya, mereka sekeluarga juga menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200 sebulan selain bantuan berkala daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu serta Tabung Darul Iman, namun masih tidak mencukupi.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional Romlah di 1110229000261001 atau menghubunginya di talian 011-5518 8438.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI